Persediaan Awal
Setelah menilai kemampuan diri dan memilih jawatan yang dirasakan sesuai dengan pengalaman, pendidikan, minat dan lain-lain fakta yang dirasakan penting, perkara yang pertama yang harus dilakukan ialah mengemaskini resume.
Resume hendaklah diubah untuk setiap jawatan yang dipohon, supaya benar-benar menjawab apa-apa keperluan yang dinyatakan dalam iklan jawatan yang ingin dipohon itu. Setiap iklan ada keperluan berbeza, jadi resume yang dihantar juga harus berbeza supaya menepati keperluan yang ditulis dalam iklan jawatan kosong berkenaan.
Selain resume, sediakan juga surat permohonan yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Mana-mana keperluan yang disebut dalam iklan jawatan kosong berkenaan, perlu dijawab dalam surat ini, dengan seberapa jelas yang boleh.
Sebagai contoh, katalah iklan jawatan kosong menyatakan keperluan seperti berikut:
- Diploma atau ijazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal, letrik atau elektronik
- Pengalaman 3 - 5 tahun dalam bidang jualan barangan kejuruteraan
- Mengutamakan pelanggan dan boleh berkomunikasi dengan baik
Keperluan ini boleh dijawab melalui jadual seperti berikut:
KEPERLUAN |
PEMATUHAN |
Diploma atau ijazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal, letrik atau elektronik |
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Letrik (CGPA: 3.5) |
Pengalaman 3 - 5 tahun dalam bidang jualan barangan kejuruteraan |
Pengalaman 3.5 tahun dalam jualan barangan kejuruteraan, khususnya kejuruteraan letrik dan elektronik |
Mengutamakan pelanggan dan boleh berkomunikasi dengan baik |
Saya lampirkan bersama ini salinan tiga surat dari pelanggan yang berpuas hati dengan khidmat saya kepada mereka. Kemampuan berkomunikasi dengan baik adalah penting dalam jualan. Saya yakin kemampuan saya berkomunikasi dengan baik telah membantu saya mencapai jualan yang melebihi kuota setiap tahun selama 3 tahun yang lepas. |
Selain itu, surat ini harus menunjukkan bahawa kita faham apa ciri-ciri yang diperlukan untuk jawatan yang dipohon, walau pun tidak disebut dalam iklan.
Surat permohonan harus pendek, tapi padat. Maklumat lain yang perlu ada dalam surat ini ialah
- Pengalaman kerja yang berkaitan
- Kelulusan yang berkaitan
- lain-lain fakta yanga berkaitan
- Mengapa anda harus dipertimbangkan
- Tarikh terawal anda boleh mula bekerja
|
|
|