laman web jawatan kosong dan kerja kosong acdra

Panduan Memohon Jawatan Kosong

Majikan/Employer

Kerja Kosong | Panduan Memohon Jawatan | Penyediaan Resume | Persediaan Temuduga | Hubungi Kami

 

Kategori Jawatan Kosong

  Admin/Secretarial
Advertising & Media
Banking/Finance
Construction
Customer Service
Education
Engineering
Export/Import
Finance/Accounts
Hotel
Human Resource
Information Technology
  Legal
Manufacturing
Medical/Pharmacy
Oil & Gas
Purchasing
Real Estate
Restaurant
Retailing
Sales/Marketing
Telecommunication
Travel
Other

Laman Ini Sahaja
iklan adwords atau nuffnang

Persediaan Awal

Setelah menilai kemampuan diri dan memilih jawatan yang dirasakan sesuai dengan pengalaman, pendidikan, minat dan lain-lain fakta yang dirasakan penting, perkara yang pertama yang harus dilakukan ialah mengemaskini resume.

Resume hendaklah diubah untuk setiap jawatan yang dipohon, supaya benar-benar menjawab apa-apa keperluan yang dinyatakan dalam iklan jawatan yang ingin dipohon itu. Setiap iklan ada keperluan berbeza, jadi resume yang dihantar juga harus berbeza supaya menepati keperluan yang ditulis dalam iklan jawatan kosong berkenaan.

Selain resume, sediakan juga surat permohonan yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Mana-mana keperluan yang disebut dalam iklan jawatan kosong berkenaan, perlu dijawab dalam surat ini, dengan seberapa jelas yang boleh.

Sebagai contoh, katalah iklan jawatan kosong menyatakan keperluan seperti berikut:

  • Diploma atau ijazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal, letrik atau elektronik
  • Pengalaman 3 - 5 tahun dalam bidang jualan barangan kejuruteraan
  • Mengutamakan pelanggan dan boleh berkomunikasi dengan baik

Keperluan ini boleh dijawab dengan menyertakan jadual seperti berikut:


KEPERLUAN PEMATUHAN
Diploma atau ijazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal, letrik atau elektronik Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Letrik (CGPA: 3.5)
Pengalaman 3 - 5 tahun dalam bidang jualan barangan kejuruteraan Pengalaman 3.5 tahun dalam jualan barangan kejuruteraan, khususnya kejuruteraan letrik dan elektronik
Mengutamakan pelanggan dan boleh berkomunikasi dengan baik Saya lampirkan bersama ini salinan tiga surat dari pelanggan yang berpuas hati dengan khidmat saya kepada mereka. Kemampuan berkomunikasi dengan baik adalah penting dalam jualan. Saya yakin kemampuan saya berkomunikasi dengan baik telah membantu saya mencapai jualan yang melebihi kuota setiap tahun selama 3 tahun yang lepas.

Selain itu, surat ini harus menunjukkan bahawa kita faham apa ciri-ciri yang diperlukan untuk jawatan yang dipohon, walau pun tidak disebut dalam iklan.

Surat permohonan harus pendek, tapi padat. Maklumat lain yang perlu ada dalam surat ini ialah

  • Pengalaman kerja yang berkaitan
  • Kelulusan yang berkaitan
  • lain-lain fakta yanga berkaitan
  • Mengapa anda harus dipertimbangkan
  • Tarikh terawal anda boleh mula bekerja

Jangan lupa meminta temuduga.

Persediaan Sebelum Temuduga

Sebelum tiba masa untuk temuduga, dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh tentang syarikat yang menaarkan jawatan kosong itu, supaya anda akan meyakinkan penemuduga bahawa anda telah mengkaji dan mengetahui banyak tentang syarikat itu. Ini juga akan membolehkan anda menjawab soalan-soalan temuduga dengan lebih berkesan, disamping membolehkan anda bertanya soalan-soalan yang baik.


Copyright © 2012 ACDRA Sdn Bhd - specialists in Web Design and SEO Malaysia