Jawatan Kosong Travel & Pelancongan

Pelancongan telah diiktiraf sebagai salah satu sektor ekonomi yang berkembang pantas serta penyumbang penting kepada pendapatan negara. Ketika ini sektor pelancongan merupa­kan penyumbang ketiga ekonomi negara terbesar selepas industri pengeluaran dan petroleum.

Kementenian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan (TDC) telah mengadakan promosi secara besar-besaran seperti Tahun Melawat Malaysia yang bertujuan menggalak dan menarik pelancong asing dan tempatan untuk menikmati keindahan negara ini.

Peluang kerja dalam bidang Travel & Pelancongan dapat diungkap dari beberapa segi iaitu industri perhotelan, penyediaan makanan dan pelancongan di Malaysia.

Peluang Pekerjaan dalam bidang ini antara yang dapat dilihat dari segi tugas iaitu terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga.menuntut pekerja supaya memberi perhatian kepada pelanggan atau tetamu yang perlu dilayan dengan baik.Pekerjaan ini juga dapat memberi pekerja suatu pengalaman yang selalunya dilihat apabila ditugaskan ke suatu tempat pekerjaan dari segi udara iaitu pramugari/pramugara/juruterbang

Tumpuan yang lebih harus diberikan kepada pelanggan.Kekangan masa untuk diri sendiri & juga tugas kerja yang sedikit mencabar dapat dijadikan sebagai satu titik permulaan untuk berjaya dalam bidang travel & pelancongan ini & ini lah ciri-ciri yang terdapat dalam bidang travel & pelancongan.

Pekerjaan dalam bidang ini membolehkan pekerja melancong atau melihat tempat orang seperti ke luar negara atau dalam negara sendiri.Selain itu pekerjaan dalam bidang ini membolehkan pekerja mencapai gaji yang tinggi ditambah dengan keistimewaan dari segi penempatan dan elaun semasa bertugas.