Bidang Komunikasi berkait rapat juga dengan bidang Media dan Pengurusan Maklumat.
Komunikasi & Media
Memberi pendedahan kepada pekerja dalam bidang komunikasi dan media seperti Asas Pemikiran dan Strategi Penulisan, Pengucapan Awam, Kewartawanan, Pengiklanan, Penyiaran, Pengurusan Majlis dan lain-lain.
Calon seharusnya telah didedahkan dengan cara untuk menguruskan projek yang berkaitan dalam bidang komunikasi dan media. Pendedahan ini memberi kelebihan dan pengalaman bagi calon.Bidang ini terdiri daripada pekerjaan sebagai wartawan, penulisan jurnal, pengiklanan, penyiaran dan sebagainya yang mempunyai permintaan tinggi pada masa kini.
Untuk bekerja dalam bidang komunikasi, seharusnya anda perlu menjadi seorang yang petah berbicara juga mampu untuk terima ape sahaja pandangan dan kata-kata masyarakat ketika anda menjalan kan tugas.Anda juga sebolehnya haruslah cekal dan tegas berbicara untuk mengambil hati dan meyakinkan orang ramai tentang ape yang anda kemukan kepada mereka.
Bidang ini boleh membina kerjaya di sektor awam mahupun swasta yang bersedia menyokong kumpulprofesional dibidang pentadbiran, pengurusan, pemasaran serta yang berkaitan dengan sektor komunikasi dan media.
Pengurusan maklumat
Bidang ini dapat menuntut pekerja dari segi pembelajaran komunikasi korporat, meningkatkan program konvensional pengiklanan dan perhubungan awam, dengan menambahkan komponen komunikasi kemanusiaan dan teknologi maklumat ke dalam program. Strategi ini dapat memantapkan pekerja yang bekerja bukan sahaja dalam bidang ini malahan di dalam bidang teknologi maklumat, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi dan perhubungan awam atau pengiklanan.