Bidang pemasaran adalah salah satu kaedah yang memerlukan anda berkomunikasi dengan pelanggan yang menuntut mereka untuk membeli produk anda disambing mencari keuntungan dari itu.Pengurusan jabatan jualan dan pemasaran merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran perusahaan atau pertubuhan di bawah bimbingan pengarah syarikat serta rundingan dengan pengurusan Jabatan lain atau seksyen lain.
Keterangan Tugas
-Pengarahan dalam asar pengedaran dengan menyelaraskan kerja, jurnal atau menguruskan perlantikan ejen dan pengedar
-Menentukan senarai harga, diskaun dan cara penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan piawaian perkhidmatan pelanggan, galakan khas dan kempen
-Berhubung dengan agensi pengiklanan atau pembahagian pengiklanan mereka sendiri
-Menentukan produk itu boleh didapati di tempat yang betul dan pada masa yang tepat
-Merancang dan mengarah operasi harian
-Mengawal selia pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan;
-Mewakili Jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam pertubuhan atau dengan badan-badan luar
-Mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap
-Mengawasi perkhidmatan pelanggan, invois, pembayaran dan kos pentadbiran
-Menyediakan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran
-Mencari dan menganalisa keperluan pelanggan dan mengesyorkan tindakan
-Merancang produk baru dan mengubahsuai yang ada
-Merancang dan menganjurkan program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran
-Merancang, mentadbir dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan serta mengeratkan hubungan dengan pelanggan
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:
-Pengurus Penyelidikan dalam Pasaran
-Wakil Jualanperdagangan dan teknik
-Pengurus Jenama dan produk yang dikendalikan
-Penurus pemasaran dan jualan