Jawatan Kosong Bidang Restoran

Pembukaan restoran itu turut menyedarkannya bahawa kebanyakan masyarakat Melayu tidak mengendahkan masakan tradisional asli mereka, sedangkan ia mempunyai nilai komersial tinggi untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa. Bahkan, warga asing juga suka dan senang sekali untuk mencubanya.

Bidang hospitaliti di mana tumpuan dan penkhususan diberikan kepada bidang masakan dan pengurusan hidangan secara menyeluruh berdasarkan permintaan dan kehendak pasaran kulinari iaitu masakan.

Bidang Restoran adalah satu bidang yang kritikal dan kerajaan memperakui bidang ini mampu menjana pendapatan lumayan kepada negara. Menawarkan peluang kerjaya yang baik, menandangkan industri ini berkembang pesat dan popular. Peluang kerjaya dalam bidang ini adalah sangat baik.

Perniagaan Restoren, Kafeteria Dan Katering bukan lagi bidang perniagaan kelas tiga.Kebanyakan usahawan kita masih lagi berfikiran sempit dan negative terhadap peluang-peluang begitu luas terdapat untuk merebut kekayaan dan nama dibidang ini.

KFC, Macdonel, dan lain-lain adalah contoh yang nyata kejayaan dalam industri makanan yang berorientasikan pada layanan pelanggan.Jangan berpendapat perniagaan ini adalah untuk tempat orang yang gagal dalam perniagaan.Skop perniagaan ini perlu dipandang luas dan terbuka.

Pada zaman di mana suami isteri dikehendaki berkerja untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga, perniagaan makanan membuka ruang untuk kebanyakan mereka makan di luar.Dengan menitik beratkan perniagaan yang sedang berkembang maju saya ingin memberi sedikit pengetahuan untuk menguruskan perniagaan ini secara professional dengan mengajak para usahawan yang baru dan dah lama kecimpung untuk mempelajari cara-cara yang mudah untuk menguruskan perniagaan Anda.