Jawatan Kosong Hartanah

Seperti yang sedia kita maklum, pertumbuhan kadar ekonomi negara membantu meningkatkan pasaran niaga hartanah tempatan. Apa yang menjadi persoalan mampukan keadaan ekonomi yang kukuh ini terus bertahan. Walaupun dipengaruhi faktor kenaikan harga minyak dipasaran dunia dan pertukaran saham dunia, keadaan ini dijangka stabil dengan dibantu oleh pergerakan daripada pelabur pasaran saham besar tempatan dan pemodal asing khususnya dalam bidang berkaitan hartanah ini.

Apa yang hendak dibangkitkan disini, permintaan terhadap hartanah tempatan semakin meningkat dengan adanya jaminan kewangan daripada institusi perbankan. Pegusahaan pemaju-pemaju hartanah meningkat berbanding pada tahun kejatuhan yang sudah. Perusahaan rumah mewah dan sedarhana menadak meningkat dengan adanya permintaan yang tinggi. Namun faktor kestabilan diantara taraf pemilikan golongan bawahan dan sedarhana amat ketara dan jurang ini harus dirapatkan.

Kepada golongan bawahan yang berpendapat kurang dari RM1500, memiliki rumah adalah satu impian yang amat bernilai dan tertanam di lubuk sanubari. Siapa yang tidak ingin mendiami rumah bak "mahligai kayangan berseri, bercahaya emas, tertahtah mantari" . Namun faktor keperluan harian, agihan rutin kepada anak-anak dan perbelanjaan yang sedia ada menjadi halangan dalam mencapai impian tersebut.