Bidang kejuruteraan kimia dalam minyak dan gas banyak diaplikasikan dalam pemprosesan minyak dan gas mentah yang digali dari perut Bumi.
Minyak mentah yang diperolehi perlu diproses, ditapis, dan diagihkan mengikut penggunaan jenis minyak yang diperolehi.
Ini antara kerjaya kejuruteraan kimia yang agak mewah untuk pemegang ijazah sarjana muda yang biasanya gaji akan bermula sekitar RM 3000/bulan.
Untuk syarikat antarabangsa, seperti Schlumberger akan dibayar dalam US dolar, dan biasanya mendapat sekitar RM 4500/bulan.