Memilih dan Memohon Kerja Yang Sesuai

Bagi hampir semua orang, tujuan bekerja ialah untuk mendapat duit untuk menampung sara hidup dan menabung untuk masa depan. Tapi, dalam memilih kerja, kita tak boleh cuma memikirkan duit. Banyak fakta-fakta lain yang perlu dipertimbangkan bila menilai jawatan kosong mana yang akan dipohon.

Kami senaraikan sebahagian dari perkara yang harus dipertimbangkan:


Gaji dan Faedah

Pendapatan yang ditawarkan harus sesuai dengan kadar pasaran bagi jawatan dan pengalaman kerja yang sama


Kemampuan diri

Jawatan kosong yang dipohon hendaklah sesuai dengan kemampuan kita dari segi kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Kita hanya akan membuang masa kalau kita balas iklan kerja kosong yang tak sesuai dengan kemampuan kita


Minat anda

Kalau anda pohon sesuatu kerja yang anda tak minat, akhirnya nanti anda sendiri akan merana. Nak pergi kerja pun rasa tak minat. Akhirnya, anda akan berhenti atau diberhentikan


Masa depan anda

Adakah jawatan ini menawarkan banyak ruang untuk maju dalam kerjaya, atau adakah ini jawatan dead end yang tidak menawarkan banyak peluang kenaikan pangkat atau peluang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan?


Lokasi tempat kerja

Cari tempat yang senang untuk pergi kerja. Atau anda sanggup pindah supaya berhampiran dengan tempat kerja itu


Persekitaran tempat kerja

Buat sedikit kajian. Dapatkan maklumat yang mencukupi tentang tempat kerja baru itu. Pastikan anda akan merasa selesa dalam persekitaran itu


Dalam pada itu, sekiranya anda masih belum bekerja, terimalah dulu apa saja kerja yang ada, sementara menanti masa mendapat tawaran kerja yang diidamkan. Asalkan menerima pendapatan yang halal, dan anda mampu menjalankan tugasannya dengan baik, terimalah dulu apa-apa jawatan yang ditawarkan.