Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah sebagai pakar penyelidikan dan pembangunan (R&D), klinikal saintis, pakar dalam bidang Bioteknologi, Biologi, Virologi, Nutrisi, Forensik dan Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP).Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pengimejan Perubatan (x-ray).
Biokimia Klinikal adalah penekanan kepada penentuan komponen biokimia dalam darah seperti glukosa, kolestrol dan enzim-enzim bagi mengesan penyakit diabetis, jantung, penyakit hati dan buah pinggang serta sebagainya.
Hematologi pula menekankan kajian sel-sel darah bagi mengesan keadaan anemia, penyakit leukemia, thalasemia dan seumpamanya. Mikrobiologi Perubatan pula merangkumi kaedah-kaedah bagi mengesan dan menentukan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma seperti virus, bakteria, dan kulat.
Sains Transfusi Darah pula adalah satu subjek yang amat penting kerana merupakan kaedah untuk menentukan kumpulan darah serta prosedur bagi memastikan darah yang diberikan kepada pesakit adalah serasi dan selamat
Anda yang terlibat dalam bidang ini haruslah mempunyai sifat-sifat iaitu
-Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka
-Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah
-Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan
-Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis
-Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan
-Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal
-Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya
-Berkemahiran berkomunikasi
-Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup
-Kemahiran dalam kebolehan pengurusan