Pengkhususan dalam bidang undang-undang terbahagi kepada undang-undang sivil dan syariah. Bagaimanapun, kebanyakan alma tempatan seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menitikberatkan kedua-dua pengkhususan bagi melahirkan lulusan undang-undang yang berkualiti yang dapat menegakkan hukum dunia dan pada masa yang sama tidak mengenepikan hukum syariat Allah.
Pengajian dalam bidang ini amat mementingkan bahasa Inggeris sama ada dalam komunikasi ataupun penulisan kerana semua buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris. Selain itu, semua dokumen-dokumen perjanjian disediakan dalam bahasa Inggeris. Bagi yang beminat menceburi bidang ini, anda mesti fasih bertutur bahasa Inggeris walaupun bahasa pengantar di mahkamah sekarang ialah bahasa Melayu.
Kerjaya bagi lulusan undang-undang semestinya sebagai seorang peguam, sama ada peguam sivil atau syarie atau kedua-duanya sekali. Sekiranya tidak berminat bertikam lidah di mahkamah, anda boleh memilih untuk menjadi penasihat undang-undang bagi syarikat-syarikat besar yang anda dikehendaki menggubal polisi syarikat agar tidak bertentangan dengan undang-undang. Namun, semuanya terletak pada nawaitu diri sendiri sama ada menceburi bidang ini sekadar untuk mendapat kepuasan untuk berbalas hujah di mahkamah atau menegakkan keadilan untuk segenap lapisan masyarakat.
Kerjaya di bidang ini adalah luas kerana ia merangkumi segala aspek kegiatan manusia, ekonomi, politik dan sebagainya. Dewasa ini mereka yang berkelulusan di bidang undang-undang boleh berkhidmat di sektor kerajaan atau di swasta seperti di institusi kewangan, petroleum, industri, telekomunikasi, hartanah, perakaunan dan insurans sebagai penasihat undang-undang. Contohnya, bagi meneka yang memiliki pengalaman, boleh membuka firma guaman secara persendirian atau perkongsian. Bagi yang berpengalaman dan berkaliber, meneka mungkin akan dilantik sebagai hakim mahkamah rendah dan tinggi, yang lainnya boleh menjadi penasihat undang- undang kepada kerajaan negeri dan persekutuan. Mereka juga bertanggung¬jawab menangka undang-undang secara tepat dan terperinci. Undang-undang dan akta-akta polis, askar, jabatan buruh, kastam, jabatan hasil dalam negeri dan jawatan lain di agensi¬agensi kerajaan adalah dalam bidang tugas mereka.