Jawatan Kosong Bidang Sumber Manusia

Setiap jabatan atau syarikat sama ada di sektor awam atau swasta memerlukan kakitangan yang khusus untuk mengurus dan mentadbir pekerja-pekerja. Mereka perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan segi pengurusan, latihan, pembangunan, polisi syarikat, undang-undang buruh dan kebajikan pekerja bagi memudahkannya mengurus sumber manusia yang ramai ini dengan teratur dan berkesan. Sebagai seorang eksekutif atau pentadbir sumber manusia, individu itu harus mengetahui bagaimana untuk mengurus, memberi motivasi, menjaga hati pekerja serta mengambil berat tentang kebajikan pekerja.

Mereka juga perlu kreatif, bermotivasi tinggi, mempunyai kemahiran komunikasi serta mahir menggunakan komputer. Menyedari keperluan serta kepentingannya, bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia ditawarkan oleh beberapa universiti tempatan di peringkat sarjana muda. Program pengurusan dan pembangunan sumber manusia ditawarkan bertujuan untuk memberi tumpuan kepada bidang pengurusan sumber manusia.

Program ini dibentuk untuk melengkapkan para graduan dengan pengetahuan dan kaedah analisis untuk melaksanakan konsep dan teknik pengurusan dan pembangunan sumber manusia secara keseluruhan. Sebagai seorang eksekutif atau pengurus sumber manusia seseorang itu bertanggungjawab dan segi pembangunan, pentadbiran polisi dan peraturan syarikat supaya memasti¬kan keberkesanan di dalam pengambilan tenaga kerja, motivasi dan meminimumkan proses mobilisasi guna tenaga.

Oleh itu objektif syarikat dapat dicapai dan dapat membentuk persekitaran kerja yang sihat dan harmoni. Selain kelayakan akademik, seseorang itu perlu memiliki personaliti yang menarik dan mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi. Lulusan di bidang pengurusan sumber manusia mem¬punyai peluang kerjaya yang terbuka luas sama ada di sektor kerajaan atau swasta. Mereka boleh berkhidmat sebagai eksekutif sumber manusia, pegawai perhubungan industri, pegawai latihan, pegawai peijawatan dan pegawai tadbir. Gaji yang ditawarkan di sektor kerajaan adalah sekitar RM1,500 manakala sektor swasta boleh mencapai RM2,000 sebulan serta beberapa insentif lain.

Dalam jangka masa tiga hingga lima tahun seorang eksekutif di sektor swasta boleh dilantik sebagai pengurus sumber manusia mengikut pengalaman dan prestasi kerja dengan pendapatan melebihi RM4,500. Semasa pengajian pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus termasuk pengurusan sumber manusia, perancangan dan pengambilan sumber manusia, latihan dan pengembangan, pentadbiran pampasan, penilaian prestasi, pengurusan pengeluaran operasi, pengurusan perubahan, perundingan, pengurusan keselamatan dan kesihatan, sistem maklumat sumber manusia dan perhubungan industri

CIRI-CIRI PERIBADI YANG perlu anda miliki untuk meceburi bidang ini :

  1. Meminati profesion ini
  2. Mèmiliki personaliti
  3. Rajin dan cekap
  4. Mampu menangani kerenah pekerja
  5. Memiliki daya kepemimpinan yang tinggi
  6. Mempunyai kemahiran berkomunikasi