Kerjaya Di Bidang Perhotelan haruslah mempunyai sijil-sijil seperti berikut :
SIJIL OPERASI PERHOTELAN
Sijil Operasi Perhotelan merangkumi enam (6) Modul utama iaitu:
1 .Perkhidmatan Pramusaji
2. Masakan Barat
3. Pengemasan Hotel
4. Perkhidmatan Penyambut Tetamu
5. Promosi Operasi Perhotelan
6. Rekreasi Perhotelan Keseluruhan.
Sinopsis program bidang latihan dalam Pakej Program Operasi Perhotelan adalah seperti berikut :
PERKHIDMATAN PRAMUSAJI (FOOD & BEVERAGE OPERATION)
Operasi Perkhidmatan Pramusaji melengkapkan anda dengan pelbagai kemahiran yang asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam perkhidmatan penyajian makanan dan minuman. Modul ini akan memberi penekanan kepada kemahiran dalam perkhidmatan restoran, perkhidmatan bankuet, penyediaan dan penyajian minuman yang digunakan di restoran dan hotel. Pelajar disediakan dengan kemahiran seorang petugas dalam perkhidmatan penyajian di restoran.
MASAKAN BARAT (WESTERN CUISINE)
Anda akan didedahkan dengan teknik persediaan dan kemahiran memasak makanan barat bermula dari hidangan Sarapan Pagi, Hidangan Pembuka Selera, Hidangan Utama, dan Pencuci Mulut. Anda akan lebih menguasai latihan Hands On melalui resepi-resepi dan teknik serta kaedah memasak yang betul yang digunapakai secara Standard di industri.
PENGEMASAN HOTEL (HOUSEKEEPING)
Operasi Pengemasan Hotel melengkapkan Anda kepada operasi pembersihan bilik, kawasan awam, dan pendobian bagi memberikan perkhidmatan yang baik kepada tetamu. Pelajar akan dilatih bagi pengendalian dan penggunaan alat serta bahan yang digunakan bagi tujuan pembersihan. Cara pengendalian linen kotor dan bersih serta operasi dalam proses dobi juga akan ditunjukkan semasa proses pembelajaran.
PERKHIDMATAN PENYAMBUT TETAMU (FRONT OFFICE)
Perkhidmatan Penyambut Tetamu melengkapka dan anda kepada kemahiran yang berkaitan dengan menyambut dan melayan tetamu. Kemahiran di kaunter perkhidmatan semasa proses penempahan, pendaftaran tetamu, tetamu check-in, tetamu check-out dan juruwang. Pelajar juga akan dil atih untuk memberikan maklumat kepada tetamu ketika di kaunter perkhidmatan sebagai concierge.
PROMOSI OPERASI PERHOTELAN
Promosi Operasi Perhotelan memberi pendedahan kepada anda mengenai teknik jualan dan pemasaran untuk berurusan dengan pelanggan. Pelajar akan dilatih menggunakan teknik promosi dengan situasi yang berbeza. Pelajar akan menghasilkan media/bahan cetak yang berkaitan dengan promosi hotel. REKREASI PERHOTELAN. Rekreasi Perhotelan memberi pendedahan kepada aktiviti rekreasi dalaman dan luaran. Menggunakan teknik dan pengurusan aktiviti mengikut kalendar tahunan.