Jawatan Kosong Bidang Kejuruteraan

Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini. Permintaan yang amat ketara terhadap profesion ini. Bidang kejuruteraan mempunyai pengkhususan tertentu seperti kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.

Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf didalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapatkan tauliah jurutera professional. Kejuruteraaan Awam (Jurutera Awam) Pembantu Kejuruteraan Awam (Pembantu Teknik) Juruteknik Awam 4. Kejuruteraan Mekanikal ( Jurutera Mekanikal ) 5. Juruteknik Mekanikal 6. Mekanik Jentera Am 7. Kejuruteraan Elektrik ( Jurutera Elektrik ) 8. Juruteknik Elektrik 9. Penjaga Elektrik 10. Kejuruteraan Kimia ( Jurutera Kimia ) 11. Pembantu Kejuruteraan Kimia ( Pembantu Teknik ) 12. Juruteknik Kejuruteraan Kimia 13. Kejuruteraan Elektronik ( Jurutera Elektronik) 14.

Jurutera Kawalan Kualiti Kejuruteraaan Awam (Jurutera Awam) Jurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Keterangan Tugas Menjalankan penyelidikan serta membangunkan teori dan kaedah yang baru; Memberi nasihat dan mereka bentuk struktur seperti jambatan, empangan, jalanraya, lapanganterbang, landasan keretapi, saluran paip gas/air, sistem pembuangan sampah, bangunan industri dll; Menentukan dan menetapkan kaedah, bahan dan kualiti piawaian binaan serta mengarahkan kerja pembinaan; Mewujudkan sistem kawalan untuk memastikan kecekapan fungsi struktur serta keselamatan dan perlindungan alam sekitar; Mengurus penghantaran bahan binaan, loji, peralatan dan buruh yang diperlukan bagi projek pembinaan.

Mengenalpasti dan mentadbir kontrak serta mengesahkan kerja disiapkan mengikut jasfikasi yang ditetapkan; Mewujudkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar-pakar yang berkaitan; Menyelia pengujian dan pertauliahan kerja yang telah disiapkan. Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya: jurutera awam jurutera awam pembinaan bangunan jurutera awam lebuh raya dan jalan raya jurutera awam geoteknik jurutera awam pembinaan jambatan jurutrra awam pengairan jurutera awam hidraulik jurutera awam kumbahan dan sanitari.

Ciri-Ciri Peribadi Mempunyai kebolehan akademik Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak Minat dalam keusahawanan Ketepatan dalam kerja Kecenderungan kepada bidang mekanik Minat dalam proses-proses mekanik Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik Kerbolehan bekerja berpasukan Minda yang kreatif dan analitik Kemampuan dalam perincian.