Bidang pendidikan terbahagi kepada banyak aspek iaitu dari segi pendidikan moral,pendidikan seni visual,pendidikan seni,pendidikan islam,pendidikan awal kanak-kanak.Profesion Perguruan sebagai satu kerjaya.Satu profesion dinamik dan penting.Berkembang mengikut masa dalam Membina masyarakat dan negara
Bidang pendidikan merupakan perniagaan yang tiada penghujung.Ini kerana pendidikan merupakan satu perkara wajib sejak dari dahulu lagi kerana dengan pendidikan akan memajukan sebuah bangsa. Dengan pendidikan juga akan menjamin masa depan yang lebih baik. Dengan pendidikan, kita akan dihormati kerana ilmu akan menaikkan martabat seseorang dah dipandang mulia di kalangan manusia.
Berasaskan kesedaran ini, semua ibu-bapa amat menitikberatkan pendidikan kepada anak-anak untuk memastikan masa depan mereka terjamin, dihormati dan dipandang tinggi di kalangan masyarakat sekelilingnya. Ibu-bapa sanggup bergolok gadai untuk memastikan anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik.
Dengan kelebihan ini, dapat dinilai bahawa pendidikan merupakan satu peluang perniagaan yang mempunyai potensi yang amat besar dan luas. Mereka yang dapat melihat kelebihan ini pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menceburkan diri kerjaya dan perniagaan dalam bidang pendidikan.
Statistik dari Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan terdapat lebih kurang 6 juta (6,000,000) pelajar yang menduduki persekolahan dari tahun 1 sehingga tingkatan 5. Ini merupakan saiz pasaran yang amat besar. Tidak cukup dengan itu, terdapat 5 ratus ribu (500,000) pelajar memasuki persekolah setiap tahun yang merupakan pasaran baru bagi kita.