Jawatan Kosong Pengiklanan dan Media

Peluang kerja dalam bidang Pengiklanan boleh dibahagikan kepada perancangan, pengeluaran, kreatif, media, penyelidikan pasaran, eksekutif akaun dan pengurusan kewangan.

Tenaga kerja kreatif menghasilkan kempen, rekabentuk grafik dan menyediakan teks dan bekerja dengan Bahagian Pengeluaran untuk menghasilkan iklan atau komersial. Bahagian Media membangunkan strategi pemasaran untuk penonton sasaran, perundingan dan membeli masa siaran untuk TV dan radio, ruang cetak dan ruang luar (papan iklan), atau ruang digital (Internet).

Tumpuan Bahagian Penyelidikan Pasaran (market research) ialah mengkaji persepsi dan pilihan pengguna, sementara tugas eksekutif akaun ialah untuk untuk berinteraksi dan memberi penerangan kepada pelanggan dan bertanggungjawab keatas jualan kepada pelanggan.

Bahagian pengurusan kewangan pula mengendalikan bil, gaji, sistem maklumat dan pengurusan pejabat am.

Menepati deadline, kesuntukan masa dan kerja lebih masa adalah ciri-ciri bidang pengiklanan. Jaminan kerja hampir tidak ada. Jika agensi kehilangan pelanggan, kakitangan yang menguruskan akaun pelanggan itu mungkin kehilangan kerja. Namun begitu, bidang Pengiklanan dianggap sebagai bidang perniagaan glamor dengan gaji dan komisyen yang tinggi.